Celik Al-QuranTak kira anda baru nak mula atau ingin memperbaiki bacaan — kami ada kelas yang sesuai untuk anda. Setiap langkah ke arah Al-Quran adalah satu rahmat.
Assalamualaikum
Sejak 2015, saya membantu mereka yang tidak kenal huruf dan tidak mampu membaca Quran. Alhamdulillah, lebih 7,438 orang telah dibantu melalui seminar, kit belajar Quran, Kelas Bimbingan Individu (KBI) dan Kelas Bimbingan Online (KBO).
Direka khas untuk keperluan pelajar dewasa — bukan sekadar kelas konvensional.
Tak perlu hafal istilah tajwid yang sukar. Teknik kami direka khas untuk dewasa — mudah, jelas, dan menyeronokkan.
Setiap pelajar ada fail rekod pembelajaran. Perkembangan anda dipantau supaya pengajaran sentiasa konsisten.
Pilih waktu weekday atau weekend, pagi, petang atau malam. Pembelajaran ikut tahap dan keperluan anda sendiri.
Pendekatan berstruktur supaya anda fokus, faham, dan maju dengan yakin.
Kelas individu untuk fokus penuh dan bimbingan peribadi dari pengajar.
Waktu kelas yang boleh disesuaikan dengan kesibukan harian anda.
Dari mengenal huruf hinggalah mahir tajwid — semuanya tersusun rapi.
Kisah sebenar daripada mereka yang kini boleh membaca Al-Quran dengan baik.
"Sebelum ini saya pernah ke Mekah untuk umrah, tapi sedih sebab tak dapat baca Quran — hanya mampu peluk dan titiskan air mata. Alhamdulillah, KBI Ustaz Syukur ajar dengan pantas dan sangat mudah difahami."
"Dah habis banyak duit belajar mengaji tapi masih belum pandai. Banyak istilah saya tak faham. Dengan KBI ini, satu sesi sahaja pun saya dah belajar banyak perkara."
"Selalu belajar di surau tapi malu sebab orang lain dah maju. Di KBI pengajarnya mesra, tak guna istilah susah, tapi kita tetap faham tajwid dan boleh baca."
"Cuba belajar sendiri di YouTube tapi mengecewakan. Syukur dipertemukan dengan KBI. Lebih cepat faham dan dapat menguasai tajwid dengan baik."
"Umur dah tak panjang. Saya cuma nak pandai baca Quran sebagai bekalan. Alhamdulillah sekarang dah boleh baca Quran dan doa dalam bahasa Arab."
"Risau sebab nak pergi umrah tapi tak mampu baca Quran. Dalam 1 sesi sahaja pun dah mampu mengenal huruf yang dulu saya rasa susah."
Dengan pengalaman bertahun-tahun, kami percaya kualiti pengajaran adalah kunci kepada pemahaman Al-Quran yang lebih mendalam. Anda bukan sekadar belajar membaca — anda akan memahami tajwid dan maksud bacaan.
Tiada komitmen awal. Ambil masa anda untuk lihat sama ada ini yang anda cari. Jumpa di sana, insyaAllah!
WhatsApp Kami Sekarang